Diari Merdeka
Seawal jam 9.15am saya sudah bersiaran bercakap tentang peranan asatizah (para agamawan) dalam pembangunan negara.
Sesi tamat jam 9.50 pagi. Saya bersiap sedia pula bagi satu wacana ilmiah bertajuk Minda Futuris Islam anjuran ALKIS jam 10 pag-11.30 pagi. Alhamdulillah, sesi berjalan dengan lancar sehingga jam 11.40 pagi. Saya ditemani oleh Dr Muslihah dan Dr Azam Adil sebagai moderator bersama. Banyak yang kami lontarkan ke dalam gelombang aras minda yang tinggi.
Ahh...saya dah lewat. Ada majlis pelancaran pemberian pek makanan yang dimasak dan makanan kering kepada 100 asnaf dan 250 riders di Mesjid Abu Abuidah al-Jarrah di Sri Rampai. Program ini anjuran pihak mesjid dengan sumbangan oleh Pertubuhan KAB. Saya hanya diminta bagi merasmikan majlis ini sebagai Pengerusi MAIWP. Saya teruja melihat usaha yang gigih ini walapun saya sedih sampai 7 minit lewat.
Program tamat hampir jam 1 tengahari. Saya ada temu jani dengan MIHAS dan Matrade jam 1 tengahari bagi membincang tema Islamic Intellectual Property dan Business Sustainability. Alamak...lewat lagi. Pihak mesjid menyediakan banyak program pula. Saya sampai di rumah tepat jam 1.25 tengahari. Terus buka lap top dan cari link ke sesi ini. Berjaya join tepat pukul 1.31 tengahari.
Aduhai...sesi ini lama pula. Pelbagai masalah teknikal berlaku. Saya dah ada program bicara Anekdot Dunia Pelaburan dalam sesi Berani Melabur dalam seminar Haji Asri Ahmad (AAA) jam 3 petang. Saya minta dilewatkan 15 minit.
Sempat saya join tepat pukul 3.15 petang. Separuh jalan, rasa angin dah tak ada. Kekuatan akal dan lisan sudah lemah. Saya berhenti awal jam 4 petang. Ada hikmahnya. Ada masa terluang untuk saya rasmikan program Rakyat Malaysia Menghafal al-Quran anjuran Maahad Tahfiz Madinat al-Huffaz yang dikendalikan oleh al-Fadhil Ust Dr Azhar Yaakob di bawah kepenasihatan YBhg Datuk Ustazah Nurhafizah Musa.
Kami semua berhenti jam 4.30 petang. Ada masa berehat sekejap bagi saya sebelum acara panggilan/ perbincangan melalui zoom jam 5 dan 530 petang masing2 dengan dua pihak dan agenda yang berbeza
Jam 6 petang....baru rasa merdeka.
Selamat Hari Merdeka Malaysiaku.
MDB